Kelebihan & Keajaibpan Air zam-zam
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang
pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam
bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter
air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa
pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah
menjadi 10 juta liter.
Disamping itu
sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan
setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta
liter !!.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya
berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut,
Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang
meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari
telaga air zamzam. Masya Allah.
Berita
ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri
Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar
sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq
Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air
Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada
masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air
zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika
sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa
ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4
meter).
Tidak terbayang bagaimana
telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim
haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi
Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan
bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air
per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan,
itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga
dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu
hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5
kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh
pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran
paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya,
ternyata tidak menemui apapun!.
Dia
berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran
pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat
turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi
dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan,
juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah
besar.
Seterusnya dia minta
pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam
ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan
dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun,
setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba
mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu
pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa
pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia
merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti
sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab
Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada
daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan
kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin
sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan
lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa
sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga,
diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan
di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari
yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di
sekitar Makah.
1.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain,
berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam
keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang
tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa
ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika
pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk
penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi saw menambahkan:
“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya.
Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah
menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang,
maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang
rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air
tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah
(saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari
kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu
digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan
kemudian disuruh meminumnya.
No comments:
Post a Comment