SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
KARAMALLAHU WAJHAH
Saiyidina Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar
Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga
seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya
yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang
pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan
pahlawan-pahlawan yang terbilang.
Beliau telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak
yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa
beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A.
Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri
kerana beliau adalah anak saudara baginda yang membesar dalam asuhan dan
pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang
menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W.
dan Siti Khadijah sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk
Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya
aku benmesyuarah dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?
Pada mulanya agama Islam hanya berkembang di sekitar
lingkungan rumah Rasulullah S.A.W. sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah
S.A.W., isterinya Siti Khadijah, Ali dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi
Muhammad S.A.W. telah mengundang sekelian sanak saudaranya pada satu jamuan di
rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah S.A.W. pun menerangkan
kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu. Maka Abu Lahab
memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang lain supaya meninggalkan
jamuan makan itu. Pada keesokan harinya Rasulullah S.A.W. mengadakan pula jamuan
makan, dan setelah selesai bensantap, maka bersabdalah Rasul S.A.W.
"Saya rasa tak ada seorang yang membawa sesuatu yang lebih
mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang akan
menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah lalu
bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali yang masih lagi belum baligh
ketika itu lantas bangun seraya berkata, "Hai Rasulullah, akulah yang akan
menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan memerangimu , lalu
disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil melihat-lihat Abu Talib dan anaknya
itu. Kemudian meneka meninggalkan rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.
Saiyidina Ali R.A. pernah benkata, "Aku telah menyembah Allah
S.W.T. lima tahun sebelum disembah sesiapapun dari ummat Muhammad ini. Bahkan
beliau adalah salah seorang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah S.A.W.
Dalam hubungan ini Anas Bin Malik R.A. pernah berkata, "Muhammad diangkat
menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib sudah ikut
sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.
Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi
susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan
beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina Abbas Bin Abu
Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya sedang Rasul sendiri
mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib sebagai seorang
pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan
baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil tabi'at Nabi S.A.W. dan beliaulah
yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya.
Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau
hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik di
waktu suka mahupun di waktu susah. Pergonbanannya terhadap Islam dan Rasulnya
adalah demikian besar sekali dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang
tiada bandingannya dalam sejarah ummat Islam.
Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas
penintah Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin
Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali R.A.
ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat
genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun
Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah
menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau
mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang
Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan
merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hani.
Setelah Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak
lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum
Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan
antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam hubungan
ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan sesiapapun juga,
hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian sabdanya, "Wahai Ali,
engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga di Akhirat. Demikian
jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Saiyidina Ali dengan diri baginda
sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W. terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali
R.A. dengan puteri yang paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang
wanita yang paling utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah
dilamar oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul
menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.
Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling
disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam
mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang
terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan
masih dalam lingkungan 20an lagi. Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya
Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali
R.A. dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan
cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui Nabi
S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu
tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A. seraya baginda
bersabda, "Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut
Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan
baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali
R.A. dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.
Dalam apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W., Saiyidina Ali R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika
iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan
Saiyidina Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu
telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik
konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika tidak demikian
masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar dan
mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang berasa senang mendengar
desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul
untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu
bersabda kepadanya, "Tidakkah engkau rela hai Ali,
kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa ?"
Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka
barulah puas Saiyidina Ali R.A.
Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya
kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.
Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi
sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah
memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk
menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari
lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah S.A.W. bersabda
"Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada
seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan
RasulNya".
Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar
dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita
hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai
Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada keesokan
harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari
Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kenana
ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah
Ali ke mari menjumpai saya, Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya
itu lalu datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada
mata beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata
beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A.
Maka benteng yang sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat
dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.
Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala
berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam
dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang
lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali parit-parit yang
digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung
kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira
10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit.
Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian
Allah S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul
dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun
mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.
Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa
pahlawan musynik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda.
Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar
Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba Amru
Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan pihak
pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, "Siapa di antara kalian
yang berani berlawan denagan aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh
Saiyidma Ali R.A. yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W.
untuk melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya
Nabi Allah, Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan
sabdanya, "Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.
Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua
kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi
Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu
bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu
Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, "Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi
Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya. Akhinnya
Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan musuh yang keadaan orangnya lebih
tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina
Ali R.A. pergi mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah
membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk
keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan.
Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala
Saiyidina Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:
Siapa engkau, hai pahlawan?
Jawapnya, "Ali!
Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?
Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu Talib
Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya
katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali R.A. "Wahai anak saudanaku! Lebih
baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang
lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang
ayahmu seonang sahabat baikku.
Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah,
tak benci menumpahkan darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi
marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu
benkata, "Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda.
Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.
Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya
pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya
mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina
Ali R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat
daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula
melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A. Maka Saiyidina Ali R.A.
pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ
juga. Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut
pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang
menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan
kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.
Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk
diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan
keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa,
Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman
untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu.
Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil
yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah
S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid Bin
Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman
mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau
Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah
mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang
subuh bersama-sama mereka itu.
Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun
membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum
Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan
oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah mengisahkan
peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan tersebut
segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu
senaya bersabda, "Sejahteralah penduduk Hamdan.
Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A.
juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh
kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan
terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., "Ya Rasul Allah,
saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal
pengadilan ini.
Mendengar perkataan Saiyidina Au R.A. itu segeralah
Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri
sambil bersabda, "Ya Allah, bukalah dada Ali untuk
menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan". Adalah
diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu
Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya.
Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar
Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam
memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan
Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan
sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.
Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang
pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah
S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai
kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan
Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah
Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak
menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana
beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W. serta
mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.
Permesyuaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja
menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan
terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah
S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap
pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci atau
kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa hati beliau
yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan
kemudian setelah isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka
baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memberikan persetujuannya secara
rasmi terhadap pengangkatan Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina
Abu Bakar R.A. pun selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan
Saiyidina Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.
Apakala Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang
kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan
Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar
R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal sebagai sahabat yang
sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan
kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sulit-sulit
bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tidak
suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abu
Talib.
Setelah wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah
akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A. Namun begitu
Saiyidina Ali R.A. tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada
Khalifah Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai
Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan
terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina Ali R.A. dalam
beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk
melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar
itu. Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi
Saiyidina Ali R.A. menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama
sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Uthman
R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan
Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman R.A. dikepung oleh puak pemberontak,
Saiyidina Ali R.A. segera mengirim puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga
keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke
rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta
menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar khabar
tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A.
serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan
tugas menjaga keselamatan Saiyidina Uthman R.A.
Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai
Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian
besar para sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di
seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian kecil
sahaja.
Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah
Saiyidina Ali R.A. cuba bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang
pernah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A. dan Khalifah
Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh berubah
disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan oleh perluasan
takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A. untuk membawa kembali dasar
pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan
Umar R.A. telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan
Saiyidina Uthman R.A. yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa
pembunuhan itu.
Disebabkan adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya itu
seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah
satu penbalahan yang sengit antana dua golongan itu. Satu pertelingkahan yang
panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat Islam.
Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah
senta menuntut baginda mengenakan hukuman tenhadap orang-orang yang
bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali
R.A. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga
tokoh-tokoh yang pemnah dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasan
kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara
pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang
terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu
Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh pengikut golongan
Khawarij.
No comments:
Post a Comment