Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin
mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau
menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat
dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan
kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan
ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk
ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam
istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air,
sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya
tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak
ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di
dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44
bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah
berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri
bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu
Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa
pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini
terjadi pada hari Jumaat.
Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana
angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai
tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman
bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya
dan para malaikat sebagai utusannya.
Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah
permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani
tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap
mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak,
kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang
yang alim dari ulamak Bani Israil.
Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta,
empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi
Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar
bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas
tungku.
Firman Allah SWT:
“Para
jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang
dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan
patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti
kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’:
13) Begitu besarnya nikmat dan
kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan
umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti
disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat,
kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di
dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan
jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang
tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.
Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat
Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus
kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik,
kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya
tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan
serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi,
kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan
tanpa ditolak.
Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di
dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya
kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan
tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam
lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi
orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan
mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para
hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya,
tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah.
Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari
cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang
luas.
Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang
tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu,
menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak
membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang
diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni
Syurga ini sebagai kekasihNya.
Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu
sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang
tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang
lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga
diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat
mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim.
Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar,
iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga
diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat
oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah
terlintas dalam hati.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman
dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di
sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
(Al-Qamar: 54-55)
Kembali ke atas ↑(Al-Qamar: 54-55)
No comments:
Post a Comment